Wednesday, 11 June 2014

Menunjuk2 amal yang dilakukan


Untuk sesiapa yg dah selalu view blog yeni atau Fb Yeni Meri Naam mesti perasan (kalau perasan la kan) banyak dah sharing bende2 berunsur keagamaan kan...kan..

Bile diingat2 balik cita2 dulu nak jadi cikgu kaunseling tau...cita2 pertamaku....mase sekolah rendah sampai menengah rendah, pastu tukar nak jadi doktor, pastu belajar HR, pastu kerja clinical research, and sekarang buat Shaklee and Little Zara Baby Shop.

Apakah kini yg terbaik? Owh itu bukanlah persoalan dan jawapannya..setiap perkara adalah yg terbaik pada ketika itu...setiap ketika dulu memberikan pengalaman untuk menjadi hari ini.. 

Seronok pula sekarang ni update blog..ape yg terlintas di fikiran akan dicoret dalam blog untuk perkongsian rakan2, keluarga dan mungkin anak2 bile mereka membesar nanti..kerana apa? Hidup ini terlalu singkat, bukan 24 jam kita dapat berkomunikasi tetapi tulisan ini akan kekal dan boleh dibaca berkali2...owh yer dulu mase bercinta pun selalu tulis surat and the best part boleh baca semula time 'sedangkan lidah lagi tergigit'....mane la kotak surat cinta dulu tu lagi2 dah pindah rumah ni kene carik balik...

Ok la nak masuk terus topik menunjuk2 amal... Post ini khas untuk SUSUR GALUR DIAMOND PERFORMERS.... dan apakah relevannya sejak akhir2 ini anda diganggu pada awal pagi untuk bangun solat tahajjud dan solat taubat..

Dan juga pada anda2 yg lain yang berkemungkinan menjadi bakal susur galurku...



Tengok kata2 Imam Syafie ni : Yer saya kurang, sangat kurang....walaupun ibu saya seorang ustazah. Walaupun banyak dosa silam yg dilakukan, saya yakin positif dan berusaha , belajar dan bersabar , focus dan tawakkal ....kita akan berubah menjadi yang terbaik..



Sahabat hari ini x semestinya sahabat along the way....
Musuh hari ini x semestinya musuh along the way....
Berdoalah supaya sahabat kekal sahabat dan musuh bertukar sahabat.....


Ok lah...bermulanya saya 'menunjuk2' buat amal ni bukannya ape..sebab Master2 Shaklee yg saya kenali semuanya 'menunjuk2' jugak...dan hasilnya hati ni jadi lembut nak ikut amalan diorg tu... so, x salah kan menunjuk utk ajak ke arah kebaikan...diorg kate diorg dah buat solat dhuha...alamak aku belom buat lagi..sekali dua rase diorg menunjuk , 3-4 kali rasa kenapa aku x buat , 5-6 kali rase aku nak buat la.... kan diorg dah dapat pahala, aku pun dpat pahala... so itu yang sedang yeni terapkan dalam group kite sekarang... 
Diorg tu bukan MENUNJUK tau..diorg MENGAJAK utk kebaikan..kenapa kite nak kate diorg tu menunjuk sedangkan kite x buat pun..baik lagi org tu buat yg kite ni baca FB je tau...

Jika kata2 dari bibir x dihiraukan..gunakan kata2 dari hati semoga terus ke hati.. 

camane nak dapatkan kata2 dari hati? Doa la...sebut nama die dalam doa...bayangkan wajah die dalam doa.. ibu ayah ke? suami isteri ke? anak2 ke? kawan2 ke?   diri sendiri ke?.....


So, kalau lepas ni terasa mcm nak kate saya menunjuk tu..sila tukar kepada mengajak yer...so xde la unsur2 negatif ada dalam persahabatan kita..



Peace....


Love,

Yeni Wahida
Mummy, Nanny, Oyang kepada Diamond Performers




Tuesday, 10 June 2014

ALLAH MAHA MENDENGAR

ALLAHUAKBAR...

10 June 2014 - 2.45am

Niat nak bangun utk tahajjud lepas Isya' tp Hani pulak nangis mase akhir rakaat tidokan dulu si kenit... Tangguhkan dulu solat Tahajjud.... Tapi mata xmo lelap pula mungkin sebab dah berjanji nk tahajjud dengan ALLAH..  Terus sahur dulu la nnt x terkejut pula..Sahur dengan separuh nasi goreng kampung pattaya masa berbuka waktu maghrib tadi... Sikit je makan dah kenyang...Tapi rasa nak kongsi sesuatu dengan kawan2 di luar sana...


ALLAH MAHA MENDENGAR.....Maka doalah secara specific...

Beberapa rentetan peristiwa besar dalam hidup walaupun agak lambat untuk mengenal erti doa specific dalam hidup. Saya coretkan dalam bentuk point supaya mudah dibaca:

1) IBU AYAH ku sudah tidak bersama lagi ketika tahun akhir di UUM....Doaku supaya ALLAH berikan yang terbaik untukku (doa yg tidak specific langsung ) tapi setiap kali solat ku yakin boleh buat yg terbaik dalam peperiksaan akhir hingga dapat anugerah dekan. Parents ku berpisah jua mungkin itu yg terbaik rencana ALLAH.

2) Pernikahanku dengan suami. Benar tidak ku dirikan solat istiharah kerana aku takut petunjuk tidak jelas tetapi doaku semoga hubungan kami berkekalan hingga ke jannah. Hingga kini selepas hampir 9 tahun makin aku pelajari berdoa specific ape yg aku ingini dalam hubungan suami isteri. Pada awalnya aku yakin dialah sahaja yg terbaik untukku kerana tiada insan lain yg pernah singgah di hati dan memang hingga kini hanya dia sahaja....Mencintainya hanya kerana ALLAH....Yes masih mempelajari meletakkannya no 2 di belakang ALLAH dan Rasul. Aku insan biasa yg serba kekurangan perlu perbaiki diri untuk mendekatkan cintaku pada ALLAH dahulu kemudian cinta sesama manusia.. Semoga ALLAH tunjukkan jalan padaku..

3) Ayah koma - Paling berat dugaan sebagai anak sulung perempuan untuk menandatangani surat consent pembedahan besar di kepala utk ayah...Fikirku itulah masa yg paling berat utkku bernafas melihat ayah disorong masuk ke bilik bedah.. Itulah masa paling lama esak tangisku mengadu pada ALLAH.. Waktu ini aku belajar berdoa secara specific. Ya ALLAH kau panjangkan usia ayahku utk dia perbaiki dirinya yg lemah. Kau tabahkan dan satukan hati kami adik beradik untuk menyayangi ibu dan ayah kami..Sesungguhnya ujian besar yang ALLAH turunkan memang ada hikmahnya... Sebulan lebih kehulu hilir ke hospital dengan sarat mengandung dan menaiki monorel kadangkala sendiri, kadangkala bersama suami, kadangkala bersama adik2ku..benar2 mengajar kami erti ikatan kekeluargaan. Alhamdulillah ayah pulih tetapi tidak sekuat dulu..Tidak akan ku lupa setiap rintihan adik2ku padaku setiap kali melihat ayah terlantar lemah di katil...Adik2 lelaki yg sukar menitiskan airmata lemah di kaki ayah yg terbaring...adik perempuan yg periang bertukar menjadi wanita yg bergenang airmata..Aku harus kuat sebab aku anak sulung...
Dalam sujudku, ku rasa setiap kata2ku ALLAH dengari....

4) Shaklee dan Little Zara - Aku yakin mimpiku sebagai petunjuk yang ALLAH turunkan untuk ku.. Nanti dalam post lain ku ceritakan mimpi itu..Restu suami, doa dan sokongan mak , usaha kami berempat (angah dan suami, aku dan suami) dan yang utamanya ALLAH yang menentukan..Setelah hampir 8-9 tahun bekerja makan gaji aku ambil keputusan untuk menjaga anak2 dan bekerja sendiri...Baru benar2 terasa hati seorang ibu....Nampak anak membesar depan mata (Hani ibarat anak pertama kerana aku rugi melihat Dania dan Alya membesar . 7 tahun ku abaikan anak2 kerana kerja yg x mengenal erti kekeluargaan). Alhamdulillah banyak masaku kini mengulit anak2. Penat memang penat tetapi puas hati. Aku akan terus memohon dari ALLAH agar permataku ini sentiasa dalam perlindunganMU ya ALLAH.


***** 4 peristiwa besar ini akan sentiasa bersemadi dalam hatiku kerana aku yakin ALLAH itu Maha Besar dan ALLAH itu Maha Mendengar. Cuma kita yg tidak berdoa sebenar2 dalam ertikata berdoa*****




Love,

Yeni Wahida


Nak solat tahajjud yang tertangguh tadi..

Monday, 9 June 2014

Kelebihan Shaklee

Cari saya utk bekalan Shaklee anda sekitar :

****Shah Alam 
****Bandar Saujana Putra 
****Melaka 
****seluruh Malaysia.


Hubungi saya di:

phone : 012-3975897
FB : Yeni Meri Naam

Beberapa gambar semasa Natinal Conference 2013/2014


Me and kids with beloved Master Biha. I am now Sr Sup category (Jun 2014) and InsyaALLAH akan ku daki tangga2 ke atas itu...




Inspiring life story by Roger Barnett... Ensure the soil is all prepared and be patient for your results to harverst (sediakan tapak yg kukuh dan sabar utk hasil yg hebat)




Jom join saya dalam Shaklee

Hubungi saya yer....and together we build up confidence and trust yourself...dare to change?

Thursday, 5 June 2014

Motivation dalam Diamond Performers


Ape le kaitan biskut rainbow ni ngan Shaklee?

Ini cara saya communicate dengan anak2 Shaklee saya under Diamond Performers...

Nak tau ape yg diorg bg quotes related dengan diri masing2...baca kat bawah ni..

So , saya nak abadikan kata2 diorg dalam blog ni..





* Life is wonderful and colorful when everyone is aligned together

* Hidup ni pnuh warna warni..tp bile ia dgabungkn ia kn jd suatu yg sempurna..

* Take life at one wink. Colour up your life. 


* Setiap hdup kte ni,berlainan warna-warni khdupan...kte yg mcorakkn nye

* Sekali pandang cantik n menyelerakan. Menarik minat tuk org ambik n rasa.


* Wlupun bentuknya simple tp apabila ditmbh dgn plbgai warna ia mnjd mnarik dn enak.bgitu jg mnusia mmpunyai plbagai perangai n sikap.tp klu sma saling bntu n tgur ia dpt dibntuk dan mnjd sempurna..


* Standing alone won't reveal the truth of each and everyone of us. Once Combined, nothing can stop us from being unrecognized


* There are 7 personalities in the colours of the rainbow. while being alone, everyone sees each of them normally, nothing So special. But Once together, they produce the brightest light of all, colouring the world and everyone points and smiles to them. This can't be done with just one colour alone. So be like rainbow, stand together as a team and the world will be able to recognize your existence.

* Light and dark is part and parcel of life, worst and best will come in and out.. manage it at our best , to be the best shape ever we created in life as life is only once..



Credit to my akak cucu Diamond Performers.. saya bg gambar ini and they come out with all meaningful quotes. dalam shaklee kami diajar bersatu dlm team..Bantu membantu sesama sendiri..nak join saya? 012-3975897

Wednesday, 4 June 2014

Nak jaga kulit utk saya, utk cik abg bagus utk kesuburan - Vitamin E Complex


Sempena bulan June kenapa yer Shaklee buat promo Vita E..

Sebab sempena Hari Bapa kot...So, grab la beli 6 free satu ni tau...

***** RM149 x 6 = 894 (dapat 7 botol)
***** Ada 120 capsule makan sehari sebijik jer tahan 4 bulan ( sehari RM1.24) je jgn le berkira 
***** boleh makan + boleh buat masker 

Sedikit sebanyak pasal Vita E kat bawah ni secara formalnya:




Vita-E Complex

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
•    400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 Kod Produk10112 (120 kapsul) 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Secara umumnya yang kite senang baca nak tau ape Vita E ni  boleh buat meh baca bawah ni :


Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. 

Vitamin ini juga boleh didapati melalui makanan harian kita seperti :

1. Sayuran berdaun hijau
2. Kacang Soya
3. Semua Bijirin
4. Minyak sayuran
5. Beras perang
6. Jagung
7. Telur
8. Susu
9. Ubi kentang
10. Oat
11. Gandum
12. Rumpai Laut
13. Biji-bijian

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kebaikan Dan Manfaat Vitamin E Shaklee


1. Melambatkan penuaan
2. Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan saat hamil 
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengelakkan metabolisme
7. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
8. Memperbaiki peredaran darah
9. Memelihara pembekuan darah
10. Mengurangkan parut
11. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
12. Meningkatkan pengeluaran air mani
13. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
14. Menguatkan dinding kapilari
15. Mengurangkan tekanan darah
16. Meningkatkan prestasi atlit
17. Kulit dan rambut menjadi sihat
18. Mencegah anemia
19. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
20. Memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer
21. Menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
22. Membantu kesuburan
23. Merapatkan hubungan suami isteri

Vitamin E dari sumber semulajadi lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan Vitamin E dari sumber tiruan atau sumber kimia.

Vitamin E dari sumber tiruan/kimia yang tidak dapat diserap oleh tubuh ini akhirya akan menjadi toksik dan menjadi penyebab kepada kewujudan abnormal sel dalam badan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Vitamin E Shaklee juga kini ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya dan keberkesanannya.


APA KELEBIHAN EKSTRAK BIJI ANGGUR?

1. Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol

2. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul.

3. Melambatkan penuaan.

4. Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Maknenye procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.




Tuesday, 3 June 2014

ANCASA RESORT & SPA PORT DICKSON

Sabtu dan Ahad - 31/5/2014 - 1/6/2014 yang lepas

Short Escape bawa anak2 bercuti x jauh pun kat PD jer... tp yg penting out from home...ooops out from shop (kami duk kat kedai sekarang sementara rumah nak siap...harap2 leh siap sebelum puasa ).Thank you abah belanja stay satu malam....huhuhu anak2 mintak 3 malam..amboi ingat pak die cop duit...

Persiapan biasa2 je sebab kejap je..
Sampai > Berenang2 > Makan > Tido > Berenang > Balik 

 2 anak dara ni demam princes Frozen so ibu yg x bape nk kreatif ni ikat rambut ala-ala je tp puji melangit cantik bebenor anak ibu..


Kak Long rambut lurus

Kak Ngah rambut kerinting - mencabar nk ikat rambutnyer


Kami keluar rumah lebih kurang kol 12 tengahari camtu...kat bawah ni antara gambar dalam perjalanan.. 


Ini gambar selfie kami bertiga...adik hani cam biasa la xde keje lain makan org je keje die..abah focus bawa kete.

Perjalanan xde la jauh mana pun tp cuaca cerah sejuk mata memandang, tengok gambar atas ni langit terbentang, indah ciptaan ALLAH
.
.
.
.
.
Dah sampai..C503 mengadap laut..
tenang je hati lupa kejap segala masalah 



Biliknya pun selesa.....tengok la semua bergolek gelantang...



Ni plak abah yg bersungguh2 meniup pelampung...tengok si kenit Hani...sama sibuk





ok cukup gambar kat bilik.....

bawah ni kat tepi pantai pagi esoknya... Hani makan pasir hokey 




Best ke dik? First time dapat pegang pasir terus masuk mulut..




Saya suka gambar ini sbb jemari halus tu macam comel jer....macam cute jer...penuh pasir atas kepala.



Ni plak tengah korek pasir tp ade sorang tu tolong kambuskan balik...mmph si kenit 


penat !!!!!!!!!
hahahaha




Ibu x dapat le nak snap gambar bebanyak sbb tgn ade pasir kang sia2 je tipon rosak. Cukup sikit sebanyak untuk kenangan anak2.


Buat anak2ku: 

**walaupun ibu abah ni garang tp dalam sudut hati ni everything is for you dearie..

**remember ibu ngn abah until we are gone..



Love,
Ibu....