ALLAHUAKBAR...
10 June 2014 - 2.45am
Niat nak bangun utk tahajjud lepas Isya' tp Hani pulak nangis mase akhir rakaat tidokan dulu si kenit... Tangguhkan dulu solat Tahajjud.... Tapi mata xmo lelap pula mungkin sebab dah berjanji nk tahajjud dengan ALLAH.. Terus sahur dulu la nnt x terkejut pula..Sahur dengan separuh nasi goreng kampung pattaya masa berbuka waktu maghrib tadi... Sikit je makan dah kenyang...Tapi rasa nak kongsi sesuatu dengan kawan2 di luar sana...
ALLAH MAHA MENDENGAR.....Maka doalah secara specific...
Beberapa rentetan peristiwa besar dalam hidup walaupun agak lambat untuk mengenal erti doa specific dalam hidup. Saya coretkan dalam bentuk point supaya mudah dibaca:
1) IBU AYAH ku sudah tidak bersama lagi ketika tahun akhir di UUM....Doaku supaya ALLAH berikan yang terbaik untukku (doa yg tidak specific langsung ) tapi setiap kali solat ku yakin boleh buat yg terbaik dalam peperiksaan akhir hingga dapat anugerah dekan. Parents ku berpisah jua mungkin itu yg terbaik rencana ALLAH.
2) Pernikahanku dengan suami. Benar tidak ku dirikan solat istiharah kerana aku takut petunjuk tidak jelas tetapi doaku semoga hubungan kami berkekalan hingga ke jannah. Hingga kini selepas hampir 9 tahun makin aku pelajari berdoa specific ape yg aku ingini dalam hubungan suami isteri. Pada awalnya aku yakin dialah sahaja yg terbaik untukku kerana tiada insan lain yg pernah singgah di hati dan memang hingga kini hanya dia sahaja....Mencintainya hanya kerana ALLAH....Yes masih mempelajari meletakkannya no 2 di belakang ALLAH dan Rasul. Aku insan biasa yg serba kekurangan perlu perbaiki diri untuk mendekatkan cintaku pada ALLAH dahulu kemudian cinta sesama manusia.. Semoga ALLAH tunjukkan jalan padaku..
3) Ayah koma - Paling berat dugaan sebagai anak sulung perempuan untuk menandatangani surat consent pembedahan besar di kepala utk ayah...Fikirku itulah masa yg paling berat utkku bernafas melihat ayah disorong masuk ke bilik bedah.. Itulah masa paling lama esak tangisku mengadu pada ALLAH.. Waktu ini aku belajar berdoa secara specific. Ya ALLAH kau panjangkan usia ayahku utk dia perbaiki dirinya yg lemah. Kau tabahkan dan satukan hati kami adik beradik untuk menyayangi ibu dan ayah kami..Sesungguhnya ujian besar yang ALLAH turunkan memang ada hikmahnya... Sebulan lebih kehulu hilir ke hospital dengan sarat mengandung dan menaiki monorel kadangkala sendiri, kadangkala bersama suami, kadangkala bersama adik2ku..benar2 mengajar kami erti ikatan kekeluargaan. Alhamdulillah ayah pulih tetapi tidak sekuat dulu..Tidak akan ku lupa setiap rintihan adik2ku padaku setiap kali melihat ayah terlantar lemah di katil...Adik2 lelaki yg sukar menitiskan airmata lemah di kaki ayah yg terbaring...adik perempuan yg periang bertukar menjadi wanita yg bergenang airmata..Aku harus kuat sebab aku anak sulung...
Dalam sujudku, ku rasa setiap kata2ku ALLAH dengari....
4) Shaklee dan Little Zara - Aku yakin mimpiku sebagai petunjuk yang ALLAH turunkan untuk ku.. Nanti dalam post lain ku ceritakan mimpi itu..Restu suami, doa dan sokongan mak , usaha kami berempat (angah dan suami, aku dan suami) dan yang utamanya ALLAH yang menentukan..Setelah hampir 8-9 tahun bekerja makan gaji aku ambil keputusan untuk menjaga anak2 dan bekerja sendiri...Baru benar2 terasa hati seorang ibu....Nampak anak membesar depan mata (Hani ibarat anak pertama kerana aku rugi melihat Dania dan Alya membesar . 7 tahun ku abaikan anak2 kerana kerja yg x mengenal erti kekeluargaan). Alhamdulillah banyak masaku kini mengulit anak2. Penat memang penat tetapi puas hati. Aku akan terus memohon dari ALLAH agar permataku ini sentiasa dalam perlindunganMU ya ALLAH.
***** 4 peristiwa besar ini akan sentiasa bersemadi dalam hatiku kerana aku yakin ALLAH itu Maha Besar dan ALLAH itu Maha Mendengar. Cuma kita yg tidak berdoa sebenar2 dalam ertikata berdoa*****
Love,
Yeni Wahida
Nak solat tahajjud yang tertangguh tadi..